Iklan

Wednesday, April 21, 2010

Jadual Persembahan Projek dan Senarai Kumpulan Pembentangan Projek Akhir sesi Januari 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jadual pembentangan dan senarai kumpulan boleh didapati dari link yang diberikan dibawah.


Jadual Pembentangan

Senarai Nama Kumpulan

Selamat berjaya.

Terima Kasih.



Syahrull Hi-Fi Syam Bin Ahmad Jamil
Penyelaras Projek E5006
JKE, PTSS

Monday, April 12, 2010

TARIKH PENGHANTARAN DRAF 1 & BUKU PEMBENTANGAN

Assalammualaikum
Tarikh penghantaran buku pembentangan dan draf 1 :19/4/2010 (sebelum 1700@500 pm)
Tarikh pembentangan :26/4/2010-30/4/2010 (sebelum 1700@500 pm)

Kandungan Draf 1:
a)Penyataan masalah
b)objektif
c)latar belakang projek + gambar/lukisan teknikal projek
d)kajian literatur
e)metadologi kajian
f)carta blok keseluruhan projek
g)carta blok kendalian litar
h)litar-litar kecil dan litar-litar gabungan
g)penerangan kendalian litar
h)carta blok pengaturcaraan
i)source code pengaturcaraan
j)penerangan bahasa pengaturcaraan
k)kos projek
l)pengujian dan keputusan
m)masalah yang dihadapi & troubleshooting
n)kesimpulan
o)cadangan masa hadapan
p)carta gant
q)lampiran -datasheet,gambardan lain-lain yang releven

PERHATIAN !!!
SEBARANG KELEWATAN TIDAK AKAN DILAYAN
DRAF 1 PERLU DIHANTAR PADA PENYELIA MASING-MASING
BUKU PEMBENTANGAN PERLU DIHANTAR PADA SYAHRULL HI-FI SYAM:
-PERLU ADA TANDATANGAN PENYELIA
-MAKSIMIUM 15 ms
-SEBARANG KELEWATAN TIDAK AKAN DILAYAN DAN TIDAK DISENARAIKAN DALAM SESI PEMBENTANGAN


Sekian, terima kasih.


SYAHRULL HI-FI SYAM BIN AHMAD JAMIL
Penyelaras Projek 3 E5006
Sesi Januari 2010

Tuesday, April 6, 2010

Bile nak present?

Aku dapat banyak pertanyaan yang rimas aku nak jawab dek kerana aku tak terlibat lagi dengan subjek projek nih.

Aku tau kegusaran pelajar aku berkenaan hal pelajaran diorang. ada la sorang tu saje beborak...alahai cik, awat jam kredit utk subjek ni sikit sangat. padahal banyak masa habis ke dia.

aku jadi kaget. aku nak jawab hape. ye kan jer la lol. mmg di akui sikit sangat kredit hour utk projek dalam sistem politeknik. utk sem 5 cuma 1jam kredit jer.

utk sem 6 lak, projek akhir pula hanya 1.5 saja. kalu iktkan, 1 kredit tu sama ngan subjek ko-kurikulum. manakala 1.5 lak sama ngan subjek agama. alahai, ciput jer. dapat A pon xbagi kesan banyak pada CGPA.

dah tu gane. yg buat menatang silibus bukan haku. orang len. ada jawatankuasa yg ditubuhkan utk setiap subjek yg ditawarkan di politeknik. orang bawahan cam aku nih. SYMP. saya yang menurut perintah.tak buat kena lol.

Bulan 7 ni sem baru. silibus baru akn ganti yg lama. ada or tak perubahan pada kredit hour aku kurang pasti.

yang pastinya, present utk sem 6 akan diadakan 2mgu selepas sem 5 present. itu dah jadi amalan. huhuhu

so, cemana nak present? entri len kali pulak lol.

MOHD SHAHAROM BIN IDRIS
JKE, PTSS
2010

Tuesday, March 23, 2010

Soal selidik blog Projek

Saya mohon kerjasama pelajar dan pelayar blog ini untuk sedikit masa anda membantu saya membuat kaji selidik blog ini. Kajian ini adalah bagi saya memahami samada blog ini boleh menjadi medium alternatif untuk berhubung dengan pelajar. Klik link dibawah untuk menjawab soal selidik yang saya maksudkan.

Klik sini utk soalan survey

Terima kasih atas masa anda yang sangat berharga.

Sekian.

Mohd Shaharom Bin Idris
Pengendali Blog Projek E4006 dan E5006
Projek Diploma
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Tuesday, January 19, 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Penyelaras Projek 3 E5006 bagi semester Januari 2010 adalah En. Syahrull Hi-Fi Syam Bin Ahmad Jamil

Apa-apa hal yang berkenaan anda boleh berhubung dengan beliau.

Sekian, terima kasih.

--
MOHD SHAHAROM BIN IDRIS
Pengendali Blog Projek 2 dan Projek 3
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
ULU PAUH, ARAU
PERLIS, MALAYSIA

Friday, December 11, 2009

Penghantaran Laporan Akhir Projek E5006

Laporan Akhir Projek E5006 perlulah dihantar dalam 2 bentuk iaitu:

1- Hardcopy (Laporan ini diprint dan dibindingkan dan diserahkan kepada Penyelia Projek kumpulan masing-masing)

2- Softcopy (Laporan ini dihantar kepada Penyelaras Projek dalam format Microsoft Word dan dihantar melalui email iaitu ishaharom@gmail.com.

Sekian dimaklumkan.

Terima kasih.

MOHD SHAHAROM BIN IDRIS
Penyelaras Projek E5006
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Tuesday, December 1, 2009

Persetujuan menyiapkan projek

Satu perjumpaan yang telah diadakan pada harini dapat berjalan dengan jayanya. Persetujuan itu merangkumi perkara-perkara berikut:

1- Persembahan khas diadakan pada 18 Disember 2009 jam 9.00pagi bertempat di Makmal Projek. Persembahan ini adalah mendemonstrasikan hasil projek dan penerangan teknikal secara terperinci (hasil dan dapatan) contohnya jenis masukan, jenis keluaran dan juga penerangan berkenaan pengaturcaraan, kaitan pengaturcaraan terhadap yang dibina dan sebagainya.

2- Robot ini akan melalui samada garisan putih atau garisan hitam (terpulang kepada kumpulan masing-masing).

3- Menandatangani surat akuan/perjanjian untuk menyiapkan projek ini. Semua yang hadir pada pagi tadi telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian ini dan kepada yang belum menandatangani diberi masa sehingga hari Khamis, 3 Disember 2009 jam 5 petang sahaja. Jika pada waktu tersebut masih ada yang belum menandatangani dalam ertikata terdapat hal yang tidak dapat dielakkan haruslah diberitahu kepada Penyelaras Projek. Andai mana-mana individu yang belum menandatangani surat ini, Penyelaras menganggap bahawa individu tersebut tidak bersetuju dan individu tersebut layak untuk diberikan peluang kedua pada semester Januari 2010.

Sekian, terima kasih.

Mohd Shaharom Bin Idris
Penyelaras Projek 3 E5006
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin