Iklan

Friday, December 11, 2009

Penghantaran Laporan Akhir Projek E5006

Laporan Akhir Projek E5006 perlulah dihantar dalam 2 bentuk iaitu:

1- Hardcopy (Laporan ini diprint dan dibindingkan dan diserahkan kepada Penyelia Projek kumpulan masing-masing)

2- Softcopy (Laporan ini dihantar kepada Penyelaras Projek dalam format Microsoft Word dan dihantar melalui email iaitu ishaharom@gmail.com.

Sekian dimaklumkan.

Terima kasih.

MOHD SHAHAROM BIN IDRIS
Penyelaras Projek E5006
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Tuesday, December 1, 2009

Persetujuan menyiapkan projek

Satu perjumpaan yang telah diadakan pada harini dapat berjalan dengan jayanya. Persetujuan itu merangkumi perkara-perkara berikut:

1- Persembahan khas diadakan pada 18 Disember 2009 jam 9.00pagi bertempat di Makmal Projek. Persembahan ini adalah mendemonstrasikan hasil projek dan penerangan teknikal secara terperinci (hasil dan dapatan) contohnya jenis masukan, jenis keluaran dan juga penerangan berkenaan pengaturcaraan, kaitan pengaturcaraan terhadap yang dibina dan sebagainya.

2- Robot ini akan melalui samada garisan putih atau garisan hitam (terpulang kepada kumpulan masing-masing).

3- Menandatangani surat akuan/perjanjian untuk menyiapkan projek ini. Semua yang hadir pada pagi tadi telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian ini dan kepada yang belum menandatangani diberi masa sehingga hari Khamis, 3 Disember 2009 jam 5 petang sahaja. Jika pada waktu tersebut masih ada yang belum menandatangani dalam ertikata terdapat hal yang tidak dapat dielakkan haruslah diberitahu kepada Penyelaras Projek. Andai mana-mana individu yang belum menandatangani surat ini, Penyelaras menganggap bahawa individu tersebut tidak bersetuju dan individu tersebut layak untuk diberikan peluang kedua pada semester Januari 2010.

Sekian, terima kasih.

Mohd Shaharom Bin Idris
Penyelaras Projek 3 E5006
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Wednesday, November 25, 2009

Penilaian Semula Projek 3 E5006

Satu mesyuarat khas telah diadakan bagi membincangkan masalah pembikinan projek pelajar Projek 3 E5006 yang mana sangat mengecewakan.

Oleh itu, satu resolusi bagi menyelesaikan masalah ini telah dicapai.

Pertama: Setiap kumpulan perlu menyiapkan robot masing-masing sebelum 17/12/09

Kedua: Persembahan Khas bagi Projek ini pula akan diadakan pada 17/12/09

Ketiga: Mana-mana kumpulan yang masih gagal untuk menyiapkan dan sekurang-kurangnya robot mengikut garisan lurus dan boleh memilih laluan sebelah kiri bagi satu simpang kumpulan tersebut akan diberikan keputusan gagal atau diberikan gred E.

Perjumpaan Projek 3 E5006 akan diadakan pada hari Selasa 1/12/2009 pada jam 9pagi di Makmal Projek

Sekian, terima kasih

Mohd Shaharom Bin Idris
Penyelaras Projek 3 E5006
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Thursday, November 19, 2009

Senarai Panel

Sesi 1 - Makmal Projek (8.15pagi hingga 10.45pagi)
1- En. Shamsul Anuar bin Abd Aziz
2- En. Ridzuan bin Abdul Rahman
3- Cik Dami'a
4- En. Mohamed Isa Bin Osman

Sesi 2- Makmal Projek ( 11.15pagi hingga 12.45 tengahari)
1- En. Shahrul Radzi bin Mad Zaki@ Abdullah
2- En. Mohd Firdaus Bin Mohd Mokhtar
3- Pn. Nurzurawani
4- Pn. Farhani (pensyarah baru)


Sesi 1- Makmal Pengukuran ( 8.15pagi hingga 10.45pagi)
1- En. Wan Mohd Rizairie Bin Wan Mohamad Noor
2- En. Nor Azrizal Bin Norazmi
3- Cik Zunainah
4- En. Azman Bin Mat Hussin

Sesi 2- Makmal Pengukuran ( 11.15pagi hingga 12.45 tengahari)
1- En. Johanis Bin Mohd Jamil
2- En. Khairudi Bin Mohd Juni
3- En. Syahrull Hi-Fi Syam bin Ahmad Jamil
4- Cik Noor Amani Binti Salleh

Sekiranya panel bagi sesi anda adalah terdiri daripada penyelia projek anda, anda diminta berikan maklumat berkenaan dalam bahagian komen. Dan sila tinggalkan nama kumpulan anda beserta ahli kumpulan dan nama penyelia didalam ruangan komen.

Terima Kasih.

MOHD SHAHAROM BIN IDRIS
Penyelaras Projek 3(E5006)
Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Tuesday, November 10, 2009

Persembahan Projek E5006

Persembahan projek akan diadakan pada 25 November 2009.

Waktu dan tempat persembahan projek adalah sepertimana pada Projek 2 yang lalu. Sila rujuk di e4006.blogspot.com

Terdapat penambahan bagi helaian buku persembahan anda dimana anda perlu memasukkan bersama keputusan, analisis, dan juga pengaturcaraan anda. Foto- foto yang berkaitan adalah digalakkan untuk dimasukkan bersama didalam slide persembahan projek dan juga didalam buku persembahan.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan didalam komen bagi post ini. Sila gunakan nama samaran anda.

Sekian. Terima kasih.

MOHD SHAHAROM BIN IDRIS
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Friday, October 16, 2009

Draf Projek

Draf Projek adalah satu laporan yang disediakan sebelum laporan sebenar dihasilkan.
Terdapat 3 jenis draf projek iaitu Draf Pertama, Draf Kedua dan Draf Ketiga.

Untuk Draf Pertama, ia dihasilkan berdasarkan kepada proses pelajar menyiapkan projek ini bermula dari minggu pertama hingga ke minggu kelapan.

Ini bermaksud anda perlu menyiapkan bab 3 laporan anda iaitu Metodologi. Metodologi adalah kaedah anda melakukan projek. Bagi projek diploma, metodologi memerlukan anda memasukkan segala hal yang berkaitan bermula dari block diagram, flow chart, prosedur anda melukis litar PCB dengan menggunakan perisian, memindahkan litar tersebut kepada papan PCB dan proses punaran(etching), pengujian litar PCB yang telah dipunar. Seterusnya proses menebuk lubang komponen elektronik, soldering dan selainnya.

Selain daripada bahagian elektronik, bahagian badan robot anda juga perlu di terangkan. Ini termasuklah jenis tayar yang digunakan, jenis motor yang digunakan, lakaran dan foto bagi badan robot anda dan sebagainya.

Untuk draf kedua pula, ia adalah bab ke 4 laporan projek anda. Ia adalah bab yang memperincikan ujian dan penyelesaian masalah yang timbul akibat daripada projek yang anda lakukan ini. Ini termasuklah pengujian litar relay anda yang tidak dapat berfungsi, pengujian litar microcontroller yang tidak dapat berfungsi biarpun bekalan telah diberikan, masalah motor yang terlalu laju dan tidak sesuai untuk digunakan, masalah tayar yang tidak mencengkam, masalah tidak tahu menggunakan L298 dan sebagainya. Oleh itu, anda perlu perincikan masalah yang anda temui dan sertakan bersama penyelesaian yang telah anda temui.

Untuk draf ketiga atau lebih dikenali sebagai draf akhir pula, anda perlu menyertakan keseluruhan laporan iaitu bab 1(pengenalan, objektif, skop, penyataan masalah), bab 2 (kajian literatur), bab 3 (metodologi), bab 4 ( pengujian dan penyelesaian masalah) dan bab 5 iaitu analisa dan rumusan serta bab akhir iaitu kesimpulan dan juga helaian akhir adalah Bibliografi atau dikenali sebagai Rujukan.

Untuk bab 5, anda perlu menerangkan pengendalian litar yang anda gunakan dan juga penerangan berkenaan pengaturcaraan yang telah digunakan. Bagi pengendalian litar, ia perlu dihuraikan secara terperinci termasuklah nilai voltan ketika hi, lo pada keluaran microcontroller ketika microcontroller bekerja seterusnya pada kepada litar kendalian motor. Perincian masukan dari sensor juga diterangkan. Secara ringkasnya bab 5 perlu dihuraikan dalam huraian teknikal.

Bibliografi atau rujukan adalah senarai buku, laporan, jurnal, laman web, dan lain-lain punca anda mendapatkan maklumat untuk penulisan projek anda.

Tarikh akhir bagi setiap draf adalah seperti berikut:

Draf pertama: 15 Oktober 2009
Draf kedua : 29 Oktober 2009
Draf ketiga : Seminggu selepas Presentation Projek

Laporan Projek lengkap: 26 November 2009.

Sekian, harap maklum.

MOHD SHAHAROM BIN IDRIS
Penyelaras Projek E5006
Sesi Julai 2009
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Monday, July 27, 2009

MEMO 2

Salam.. terdapat beberapa perubahan yang perlu dilakukan untuk menjayakan Projek 3 semester Julai 2009 kali ni.

Antaranya,
Perubahan Penyelia Projek,
Perubahan litar perlawanan.
Perubahan syarat pertandingan.

Perkara ini akan diberitahu kemudian melalui blog ini.

Sekian, terima kasih.

Mohd Shaharom Bin Idris
Penyelaras Projek 3 E5006
Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Saturday, July 18, 2009

Senarai Kumpulan Bagi Projek E5006

Berikut adalah maklumat berkenaan kumpulan Projek 3 E5006. Sila semak semula jika saya memberikan maklumat yang salah. Kumpulan G2 dan G8 kekurangan seorang ahli kumpulan. Anda perlu meneruskan projek yang telah dirancang.

G1) SLUMBER
1. MUHAMMAD IMRAN BIN IDRUS <18PKE08F2017>
2. MOHAMAD ZULHISHAM BIN ADAM <18PKE08F2008>
3. MOHAMAD FAZLI BIN SHAHIDAN <18PKE08F2001>
4. HASNA INMAN BIN HUSSIN <18PKE08F2002>

PENYELIA: CIK NOOR AMANI BINTI SALLEH

G2) MATAHARI

NAMA AHLI KUMPULAN :

1) SURIATI BINTI HAMID (18PKE08F2020)
2) NURUL HIDAYAH BINTI ABDUL RAHMAN (18DKE06F521)
3) SALMA BINTI ISMAIL (18DKE06F526)
4) NURSYUHANA BINTI NAYAN (18DKE06F528)

NOR IDAYU BINTI RAHIBUN (18PKE08F2019)* telah berpindah

PENYELIA: EN. MOHD ISKANDAR BIN SALLEH

G3) C.A.R.E
1)MOHD ROZAIFUDIN B ZAINUN <18DKE06F509>
2)WAN AZHARI B WAN AHMAD <18DKE06f501>
3)MOHD HAFIZUDDIN B HASSAN <18DKE06F505>
4)ZULKHAIRI B ELIAS <18DKE06F504>

PENYELIA : PUAN IZAN SHUHADA BT IDRIS

G4)SMART LINE
1)MOHAMAD AZIZAN B. ABD AZIZ <18DKE06F502>
2)SUHASNIZA BT SAIDIN <18DKE06F503>
3)ANIS RASYIDAH BT CHE RASHID <18DKE06F510>
4)ANIS ATIQAH BTE ZAINUDIN <18DKE06F525>

PENYELIA : EN.SYAHRULL HI-FI SYAM B. AHMAD JAMIL

G5) I-ROBUST
1.MOHD SAFUAN BIN ABD HAMID <18DKE06F519>
2.MOHD ERWAN AFFTADZA BIN ABD HAMID <18DKE06F520>
3.ABDUL AZIM AFZAL BIN ABD RAHMAN <18DKE06F527>
4.NOR HASYRAF BIN SHUIB <18DKE06F516>

PENYELIA : EN.AZMAN BIN MAT HUSSIN

G6)PROJECT EVOLUTION

1.MOHAMMAD TAQIYUDDIN BIN FADZIL <18DKE06F515>
2.MOHD FAISAL AZRI BIN ABD RAHMAN <18DKE06F522>
3.MUHD SHUKRI BIN ABU BAKAR <18DKE06F515>
4.MOHD NOR AFFINDI BIN ADNAN <18DKE06F517>

PENYELIA : EN. WAN MOHD RIZAIRIE BIN WAN MOHAMAD NOOR

G7) FLUX CORED
1. MOHD SHAHFFARIN B ABD RAHIM (18PKE08F2012)
2. RAFIZI B ROMLI (18PKE08F2013)
3. MUHAMAD ZUBAIR B ZAINOL (18PKE08F2014)
4. ABD MUHAIMI B AB HALIM (18DKE06F523)
PENYELIA: PN ZAHILAWATI BT AWANG KECHIK

G8) CJ4

1. AZRIZAL BIN SALIM <18PKE08F2018>
2. ABU ZAR BIN ABD RAZAB @ GHAZALI <18PKE08F2010>
3. MOHD ZAHIR BIN MOHAMAD NOOR SABRI <18PKE08F2007>

MOHD KAMAL BIN TAHAK <18PKE08F2005>*BERHENTI

PENYELIA : EN. MOHD FIRDAUS BIN MOHD MOKHTAR

G9)KERTAS
1.SYAZWANA BINTI MOHAMAD SUKRI <18DKE06F507>
2.SHAFIQAH BNTI SHAARI <18DKE06F518>
3.SUZITA BINTI KASSIM <18PKE08F2015>
4.NUR HAMIZAWATY BT ABD HAMID <18PKE08F2003>

PENYELIA : EN.SHAHRUL RADZI BIN MAD ZAKI@ABDULLAH

G10) JERUNG

1. NOORHAIEDZUAN BIN NOORDIN 18PKE08F2004,
2. MOHD EZAM BIN AZMI 18PKE08F2006,
3. MOHD SOBRI BIN HASHIM 18PKE08F2011,
4. NAJIB BIN SOPIAN 18PKE08F2016.

PENYELIA : EN IZWAN BIN CHE SHAM


Sekian, Terima Kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Mohd Shaharom Bin Idris
Penyelaras Projek 3 E5006
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Thursday, July 16, 2009

Memo 1

Semester baru sesi Julai 2009 telahpun bermula. Penyelaras bagi Projek 3 E5006 akan diselaraskan oleh saya sendiri. Sebarang memo, notis, pemberitahuan, dan apa jua hebahan akan dikeluarkan didalam blog ini.

Sila tinggalkan komentar anda dibahagian komen. Untuk setiap post.

Sekian, terima kasih.

Mohd Shaharom Bin Idris
Penyelaras Projek 3 E5006
Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin