Iklan

Thursday, March 1, 2012

Makluman kepada semua pelajar, sila download jadual pembentangan projek e5006 sesi DIS 2011 di sini.





SHAFFIE BIN HUSIN
Penyelaras Projek E5006
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
PTSS

Sunday, February 19, 2012

PEMBAHAGIAN MARKAH DAN PENILAIAN BAGI KURSUS E5006

Berikut adalah pembahagian markah dan penilaian bagi kursus e5006...
A. MARKAH INDIVIDU (30%)
i. KEHADIRAN (10%)
ii. JUMLAH MARKAH PENGLIBATAN (15%)
iii. BUKU LOG 5%

B. MARKAH KUMPULAN (70%)
i. PRA-DEMO 20%
ii.DRAF1 10%
iii. PEMBENTANGAN 20%
iv.LAPORAN AKHIR 20%


JUMLAH MARKAH KESELURUHAN = A + B = 100%

HARAP MAKLUM...

Saturday, February 18, 2012

PANDUAN DAN FORMAT DRAF SERTA LAPORAN AKHIR

Perhatian kepada semua pelajar semester 6, berikut adalah panduan serta rujukan bagi menulis Draf laporan 1 dan laporan akhir


DRAF LAPORAN (tarikh hantar kepada penyelia - minggu ke10 (05/03/2012 ~ 09/03/2012).

a. SENARAI KANDUNGAN
b. METODOLOGI
c. SINOPSIS
d. GRAFIK
e. OPERASI LITAR
f. SENARAI KOMPONEN
g. LAPORAN, KEPUTUSAN PENGUJIAN
h. MANUAL PENGGUNA CADANGAN KEMAJUAN
i. RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
j. GRAFIK LAMPIRAN

LAPORAN AKHIR (tarikh hantar kepada penyelia - minggu ke15 (09/04/2012 ~ 13/04/2012).

1. SENARAI KANDUNGAN
2. SUSUNAN LAPORAN IKUT FORMAT
3. STRUKTUR BAHASA,EJAAN, ISTILAH
4. ABSTRAK
5. PENDAHULUAN
6. METODOLOGI LAKSANA
7. LITAR / RAJAH / CARTA / GRAFIK
8. KENDALIAN LITAR
9. LAPORAN PENGUJIAN
10. MANUAL PENGGUNA
11. CADANGAN KEMAJUAN
12. KESIMPULAN
13. INVENTORI KOMPONEN
14. LAMPIRAN




Monday, February 13, 2012

MAKLUMAT KEPADA SEMUA PELAJAR SEMESTER 6

Makluman kepada semua pelajar semester 6, merujuk kepada aktiviti mingguan yang saya lampirkan, berikut adalah tarikh - tarikh yang perlu diambil perhatian.


Minggu ke - 9 (27/02/2012 - 02/03/2012)

PERSEDIAAN PEMBENTANGAN PROJEK - Projek mesti 100% siap sepenuhnya serta berfungsi.

Minggu ke - 10 (05/-3/2012 - 09/03/2012)

MENGHANTAR DRAF PERTAMA LAPORAN DAN PRE-DEMO - kepada penyelia projek masing - masing.


Minggu ke - 11 (12/-3/2012 - 16/03/2012)

DEMONTRASI PROJEK - rujuk kepada jadual pembentangan yang akan diberitahu kelak.


***** Sila ambil perhatian "KEGAGALAN MEMBENTANGKAN HASIL KERJA PROJEK ANDA DENGAN BAIK SERTA BERFUNGSI AKAN MENYUKARKAN ANDA SEMUA UNTUK LULUS BAGI SUBJEK E5006"



Wednesday, January 4, 2012

AKTIVITI MINGGUAN E5006 SESI DIS 2011

Kepada semua pelajar semester 6, sila download aktiviti mingguan disini.

Berikut adalah tarikh - tarikh penting.

1. Minggu (w11) - (12/03/2011 ~ 16/03/2011) - Demontasi projek kepada penyelia.

2. Minggu (w12) - (19/03/2011 ~ 23/03/2011) - Pembentangan projek.

3. Minggu (w16) - (16/04/2011 ~ 24/04/2011) - Menghantar Laporan Akhir berjilid

Untuk perhatian semua pelajar pada 6/03/2011, PTSS akan menganjurkan pertandingan Inovasi peringkat politeknik. Semua pelajar diharapkan menyiapkan projek masing - masing dengan sempurna dan berfungsi untuk dibawa memasuki pertandingan Inovasi.


Sekian, terima kasih.

SHAFFIE BIN HUSIN
Penyelaras Projek E5006
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
PTSS

Projek Diploma E5006 Sesi Disember 2011

Harap maklum bahawa E5006 PROJEK SEM 6 DIPLOMA JKE PTSS bagi sesi DISEMBER 2011 akan dikendalikan oleh saya, En. SHAFFIE BIN HUSIN.

Sekian, terima kasih.

SHAFFIE BIN HUSIN
Penyelaras Projek E5006
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
PTSS

Monday, August 1, 2011

25/07/2011 - 29/07/2011

salam.

selamat datang ke laman projek sem 6 @ projek akhir diploma.

diharap anda semua sudah pun bersiap sedia untuk projek akhir ini,
memandangkan kita akan mengadakan pameran projek pada sem ini.

tugasan untuk minggu ini:
SILA HANTAR SEGALA BENTUK DOKUMEN SEMASA PROJEK 5 SEM LEPAS(SESI DISEMBER 2010) KEPADA SAYA SELEWATNYA HARI INI(25/07/2011) DALAM BENTUK SOFTCOPY @ HARDCOPY.

tiada lagi alasan memandangkan anda semua sepatutnya memiliki dokumen tersebut kerana anda telah pun menghantarnya kepada penyelia masing2.

perancangan aktiviti mingguan akan diupload dlm minggu ini juga, so be alert!

salinan buku log bole diambil dari previous post,cuma edit kod kursus menjadi E5006.

Sekian, terima kasih.

Cik Nurul Damia' Binti Abdul Ghafur.
Penyelaras Projek E4006
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
PTSS
(013-5936079/nuruldamiaag@gmail.com)

Tuesday, January 18, 2011

AKTIVITI MINGGUAN E5006 SESI DIS 2010

MK3 20.12.2010-24.12.2010
  • PENGESAHAN LITAR ELEKTRONIK
  • SEMAKAN PERTAMA BUKU LOG

MK4 27.12.2010-31.12.2010
  • PENGUJIAN KOMPONEN

MK5 03.01.2011-07.01.2011

  • IMPLEMENTASI PROJEK
  • SEMAKAN KE 2 BUKU LOG

MK6 10.01.2011-14.01.2011
  • PENGUJIAN PROJEK

MK7 17.01.2011-21.01.2011

  • PEMBANGUNAN PERISIAN

MK8 24.01.2011-28.01.2011
  • ANALISIS KEFUNGSIAN LITAR

MK9 07.02.2011-11.02.2011
  • ANALISIS KEFUNGSIAN LITAR
  • SEMAKAN KE 3 BUKU LOG

MK10 14.02.2011-18.02.2011
  • PERSEDIAAN PEMBENTANGAN

MK11 21.02.2011-25.02.2011
  • PEMBENTANGAN DAN DEMONSTRASI PROJEK

MK12 28.02.2011-04.03.2011

  • MENYEDIAKAN LAPORAN AKHIR
  • SEMAKAN KE 4 BUKU LOG

MK13 07.03.2011-11.03.2011
  • PAMERAN PROJEK SEMESTER AKHIR SESI DISEMBER 2010

MK14 14.03.2011-18.03.2011
  • MENGHANTAR LAPORAN AKHIR
  • SEMAKAN KE 5 BUKU LOG









Tuesday, December 28, 2010

Projek Diploma E5006 Sesi Disember 2010

Harap maklum bahawa E5006 PROJEK SEM 6 DIPLOMA JKE PTSS bagi sesi DISEMBER 2010 akan dikendalikan oleh saya, En. Mohamed Isa Bin Osman.

Sekian, terima kasih.

Mohamed Isa Bin Osman
Penyelaras Projek E5006
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
PTSS

Wednesday, April 21, 2010

Jadual Persembahan Projek dan Senarai Kumpulan Pembentangan Projek Akhir sesi Januari 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jadual pembentangan dan senarai kumpulan boleh didapati dari link yang diberikan dibawah.


Jadual Pembentangan

Senarai Nama Kumpulan

Selamat berjaya.

Terima Kasih.



Syahrull Hi-Fi Syam Bin Ahmad Jamil
Penyelaras Projek E5006
JKE, PTSS

Monday, April 12, 2010

TARIKH PENGHANTARAN DRAF 1 & BUKU PEMBENTANGAN

Assalammualaikum
Tarikh penghantaran buku pembentangan dan draf 1 :19/4/2010 (sebelum 1700@500 pm)
Tarikh pembentangan :26/4/2010-30/4/2010 (sebelum 1700@500 pm)

Kandungan Draf 1:
a)Penyataan masalah
b)objektif
c)latar belakang projek + gambar/lukisan teknikal projek
d)kajian literatur
e)metadologi kajian
f)carta blok keseluruhan projek
g)carta blok kendalian litar
h)litar-litar kecil dan litar-litar gabungan
g)penerangan kendalian litar
h)carta blok pengaturcaraan
i)source code pengaturcaraan
j)penerangan bahasa pengaturcaraan
k)kos projek
l)pengujian dan keputusan
m)masalah yang dihadapi & troubleshooting
n)kesimpulan
o)cadangan masa hadapan
p)carta gant
q)lampiran -datasheet,gambardan lain-lain yang releven

PERHATIAN !!!
SEBARANG KELEWATAN TIDAK AKAN DILAYAN
DRAF 1 PERLU DIHANTAR PADA PENYELIA MASING-MASING
BUKU PEMBENTANGAN PERLU DIHANTAR PADA SYAHRULL HI-FI SYAM:
-PERLU ADA TANDATANGAN PENYELIA
-MAKSIMIUM 15 ms
-SEBARANG KELEWATAN TIDAK AKAN DILAYAN DAN TIDAK DISENARAIKAN DALAM SESI PEMBENTANGAN


Sekian, terima kasih.


SYAHRULL HI-FI SYAM BIN AHMAD JAMIL
Penyelaras Projek 3 E5006
Sesi Januari 2010

Tuesday, April 6, 2010

Bile nak present?

Aku dapat banyak pertanyaan yang rimas aku nak jawab dek kerana aku tak terlibat lagi dengan subjek projek nih.

Aku tau kegusaran pelajar aku berkenaan hal pelajaran diorang. ada la sorang tu saje beborak...alahai cik, awat jam kredit utk subjek ni sikit sangat. padahal banyak masa habis ke dia.

aku jadi kaget. aku nak jawab hape. ye kan jer la lol. mmg di akui sikit sangat kredit hour utk projek dalam sistem politeknik. utk sem 5 cuma 1jam kredit jer.

utk sem 6 lak, projek akhir pula hanya 1.5 saja. kalu iktkan, 1 kredit tu sama ngan subjek ko-kurikulum. manakala 1.5 lak sama ngan subjek agama. alahai, ciput jer. dapat A pon xbagi kesan banyak pada CGPA.

dah tu gane. yg buat menatang silibus bukan haku. orang len. ada jawatankuasa yg ditubuhkan utk setiap subjek yg ditawarkan di politeknik. orang bawahan cam aku nih. SYMP. saya yang menurut perintah.tak buat kena lol.

Bulan 7 ni sem baru. silibus baru akn ganti yg lama. ada or tak perubahan pada kredit hour aku kurang pasti.

yang pastinya, present utk sem 6 akan diadakan 2mgu selepas sem 5 present. itu dah jadi amalan. huhuhu

so, cemana nak present? entri len kali pulak lol.

MOHD SHAHAROM BIN IDRIS
JKE, PTSS
2010

Tuesday, March 23, 2010

Soal selidik blog Projek

Saya mohon kerjasama pelajar dan pelayar blog ini untuk sedikit masa anda membantu saya membuat kaji selidik blog ini. Kajian ini adalah bagi saya memahami samada blog ini boleh menjadi medium alternatif untuk berhubung dengan pelajar. Klik link dibawah untuk menjawab soal selidik yang saya maksudkan.

Klik sini utk soalan survey

Terima kasih atas masa anda yang sangat berharga.

Sekian.

Mohd Shaharom Bin Idris
Pengendali Blog Projek E4006 dan E5006
Projek Diploma
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Tuesday, January 19, 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Penyelaras Projek 3 E5006 bagi semester Januari 2010 adalah En. Syahrull Hi-Fi Syam Bin Ahmad Jamil

Apa-apa hal yang berkenaan anda boleh berhubung dengan beliau.

Sekian, terima kasih.

--
MOHD SHAHAROM BIN IDRIS
Pengendali Blog Projek 2 dan Projek 3
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
ULU PAUH, ARAU
PERLIS, MALAYSIA

Friday, December 11, 2009

Penghantaran Laporan Akhir Projek E5006

Laporan Akhir Projek E5006 perlulah dihantar dalam 2 bentuk iaitu:

1- Hardcopy (Laporan ini diprint dan dibindingkan dan diserahkan kepada Penyelia Projek kumpulan masing-masing)

2- Softcopy (Laporan ini dihantar kepada Penyelaras Projek dalam format Microsoft Word dan dihantar melalui email iaitu ishaharom@gmail.com.

Sekian dimaklumkan.

Terima kasih.

MOHD SHAHAROM BIN IDRIS
Penyelaras Projek E5006
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Tuesday, December 1, 2009

Persetujuan menyiapkan projek

Satu perjumpaan yang telah diadakan pada harini dapat berjalan dengan jayanya. Persetujuan itu merangkumi perkara-perkara berikut:

1- Persembahan khas diadakan pada 18 Disember 2009 jam 9.00pagi bertempat di Makmal Projek. Persembahan ini adalah mendemonstrasikan hasil projek dan penerangan teknikal secara terperinci (hasil dan dapatan) contohnya jenis masukan, jenis keluaran dan juga penerangan berkenaan pengaturcaraan, kaitan pengaturcaraan terhadap yang dibina dan sebagainya.

2- Robot ini akan melalui samada garisan putih atau garisan hitam (terpulang kepada kumpulan masing-masing).

3- Menandatangani surat akuan/perjanjian untuk menyiapkan projek ini. Semua yang hadir pada pagi tadi telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian ini dan kepada yang belum menandatangani diberi masa sehingga hari Khamis, 3 Disember 2009 jam 5 petang sahaja. Jika pada waktu tersebut masih ada yang belum menandatangani dalam ertikata terdapat hal yang tidak dapat dielakkan haruslah diberitahu kepada Penyelaras Projek. Andai mana-mana individu yang belum menandatangani surat ini, Penyelaras menganggap bahawa individu tersebut tidak bersetuju dan individu tersebut layak untuk diberikan peluang kedua pada semester Januari 2010.

Sekian, terima kasih.

Mohd Shaharom Bin Idris
Penyelaras Projek 3 E5006
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Wednesday, November 25, 2009

Penilaian Semula Projek 3 E5006

Satu mesyuarat khas telah diadakan bagi membincangkan masalah pembikinan projek pelajar Projek 3 E5006 yang mana sangat mengecewakan.

Oleh itu, satu resolusi bagi menyelesaikan masalah ini telah dicapai.

Pertama: Setiap kumpulan perlu menyiapkan robot masing-masing sebelum 17/12/09

Kedua: Persembahan Khas bagi Projek ini pula akan diadakan pada 17/12/09

Ketiga: Mana-mana kumpulan yang masih gagal untuk menyiapkan dan sekurang-kurangnya robot mengikut garisan lurus dan boleh memilih laluan sebelah kiri bagi satu simpang kumpulan tersebut akan diberikan keputusan gagal atau diberikan gred E.

Perjumpaan Projek 3 E5006 akan diadakan pada hari Selasa 1/12/2009 pada jam 9pagi di Makmal Projek

Sekian, terima kasih

Mohd Shaharom Bin Idris
Penyelaras Projek 3 E5006
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Thursday, November 19, 2009

Senarai Panel

Sesi 1 - Makmal Projek (8.15pagi hingga 10.45pagi)
1- En. Shamsul Anuar bin Abd Aziz
2- En. Ridzuan bin Abdul Rahman
3- Cik Dami'a
4- En. Mohamed Isa Bin Osman

Sesi 2- Makmal Projek ( 11.15pagi hingga 12.45 tengahari)
1- En. Shahrul Radzi bin Mad Zaki@ Abdullah
2- En. Mohd Firdaus Bin Mohd Mokhtar
3- Pn. Nurzurawani
4- Pn. Farhani (pensyarah baru)


Sesi 1- Makmal Pengukuran ( 8.15pagi hingga 10.45pagi)
1- En. Wan Mohd Rizairie Bin Wan Mohamad Noor
2- En. Nor Azrizal Bin Norazmi
3- Cik Zunainah
4- En. Azman Bin Mat Hussin

Sesi 2- Makmal Pengukuran ( 11.15pagi hingga 12.45 tengahari)
1- En. Johanis Bin Mohd Jamil
2- En. Khairudi Bin Mohd Juni
3- En. Syahrull Hi-Fi Syam bin Ahmad Jamil
4- Cik Noor Amani Binti Salleh

Sekiranya panel bagi sesi anda adalah terdiri daripada penyelia projek anda, anda diminta berikan maklumat berkenaan dalam bahagian komen. Dan sila tinggalkan nama kumpulan anda beserta ahli kumpulan dan nama penyelia didalam ruangan komen.

Terima Kasih.

MOHD SHAHAROM BIN IDRIS
Penyelaras Projek 3(E5006)
Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Tuesday, November 10, 2009

Persembahan Projek E5006

Persembahan projek akan diadakan pada 25 November 2009.

Waktu dan tempat persembahan projek adalah sepertimana pada Projek 2 yang lalu. Sila rujuk di e4006.blogspot.com

Terdapat penambahan bagi helaian buku persembahan anda dimana anda perlu memasukkan bersama keputusan, analisis, dan juga pengaturcaraan anda. Foto- foto yang berkaitan adalah digalakkan untuk dimasukkan bersama didalam slide persembahan projek dan juga didalam buku persembahan.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan didalam komen bagi post ini. Sila gunakan nama samaran anda.

Sekian. Terima kasih.

MOHD SHAHAROM BIN IDRIS
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Friday, October 16, 2009

Draf Projek

Draf Projek adalah satu laporan yang disediakan sebelum laporan sebenar dihasilkan.
Terdapat 3 jenis draf projek iaitu Draf Pertama, Draf Kedua dan Draf Ketiga.

Untuk Draf Pertama, ia dihasilkan berdasarkan kepada proses pelajar menyiapkan projek ini bermula dari minggu pertama hingga ke minggu kelapan.

Ini bermaksud anda perlu menyiapkan bab 3 laporan anda iaitu Metodologi. Metodologi adalah kaedah anda melakukan projek. Bagi projek diploma, metodologi memerlukan anda memasukkan segala hal yang berkaitan bermula dari block diagram, flow chart, prosedur anda melukis litar PCB dengan menggunakan perisian, memindahkan litar tersebut kepada papan PCB dan proses punaran(etching), pengujian litar PCB yang telah dipunar. Seterusnya proses menebuk lubang komponen elektronik, soldering dan selainnya.

Selain daripada bahagian elektronik, bahagian badan robot anda juga perlu di terangkan. Ini termasuklah jenis tayar yang digunakan, jenis motor yang digunakan, lakaran dan foto bagi badan robot anda dan sebagainya.

Untuk draf kedua pula, ia adalah bab ke 4 laporan projek anda. Ia adalah bab yang memperincikan ujian dan penyelesaian masalah yang timbul akibat daripada projek yang anda lakukan ini. Ini termasuklah pengujian litar relay anda yang tidak dapat berfungsi, pengujian litar microcontroller yang tidak dapat berfungsi biarpun bekalan telah diberikan, masalah motor yang terlalu laju dan tidak sesuai untuk digunakan, masalah tayar yang tidak mencengkam, masalah tidak tahu menggunakan L298 dan sebagainya. Oleh itu, anda perlu perincikan masalah yang anda temui dan sertakan bersama penyelesaian yang telah anda temui.

Untuk draf ketiga atau lebih dikenali sebagai draf akhir pula, anda perlu menyertakan keseluruhan laporan iaitu bab 1(pengenalan, objektif, skop, penyataan masalah), bab 2 (kajian literatur), bab 3 (metodologi), bab 4 ( pengujian dan penyelesaian masalah) dan bab 5 iaitu analisa dan rumusan serta bab akhir iaitu kesimpulan dan juga helaian akhir adalah Bibliografi atau dikenali sebagai Rujukan.

Untuk bab 5, anda perlu menerangkan pengendalian litar yang anda gunakan dan juga penerangan berkenaan pengaturcaraan yang telah digunakan. Bagi pengendalian litar, ia perlu dihuraikan secara terperinci termasuklah nilai voltan ketika hi, lo pada keluaran microcontroller ketika microcontroller bekerja seterusnya pada kepada litar kendalian motor. Perincian masukan dari sensor juga diterangkan. Secara ringkasnya bab 5 perlu dihuraikan dalam huraian teknikal.

Bibliografi atau rujukan adalah senarai buku, laporan, jurnal, laman web, dan lain-lain punca anda mendapatkan maklumat untuk penulisan projek anda.

Tarikh akhir bagi setiap draf adalah seperti berikut:

Draf pertama: 15 Oktober 2009
Draf kedua : 29 Oktober 2009
Draf ketiga : Seminggu selepas Presentation Projek

Laporan Projek lengkap: 26 November 2009.

Sekian, harap maklum.

MOHD SHAHAROM BIN IDRIS
Penyelaras Projek E5006
Sesi Julai 2009
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.