Iklan

Friday, October 16, 2009

Draf Projek

Draf Projek adalah satu laporan yang disediakan sebelum laporan sebenar dihasilkan.
Terdapat 3 jenis draf projek iaitu Draf Pertama, Draf Kedua dan Draf Ketiga.

Untuk Draf Pertama, ia dihasilkan berdasarkan kepada proses pelajar menyiapkan projek ini bermula dari minggu pertama hingga ke minggu kelapan.

Ini bermaksud anda perlu menyiapkan bab 3 laporan anda iaitu Metodologi. Metodologi adalah kaedah anda melakukan projek. Bagi projek diploma, metodologi memerlukan anda memasukkan segala hal yang berkaitan bermula dari block diagram, flow chart, prosedur anda melukis litar PCB dengan menggunakan perisian, memindahkan litar tersebut kepada papan PCB dan proses punaran(etching), pengujian litar PCB yang telah dipunar. Seterusnya proses menebuk lubang komponen elektronik, soldering dan selainnya.

Selain daripada bahagian elektronik, bahagian badan robot anda juga perlu di terangkan. Ini termasuklah jenis tayar yang digunakan, jenis motor yang digunakan, lakaran dan foto bagi badan robot anda dan sebagainya.

Untuk draf kedua pula, ia adalah bab ke 4 laporan projek anda. Ia adalah bab yang memperincikan ujian dan penyelesaian masalah yang timbul akibat daripada projek yang anda lakukan ini. Ini termasuklah pengujian litar relay anda yang tidak dapat berfungsi, pengujian litar microcontroller yang tidak dapat berfungsi biarpun bekalan telah diberikan, masalah motor yang terlalu laju dan tidak sesuai untuk digunakan, masalah tayar yang tidak mencengkam, masalah tidak tahu menggunakan L298 dan sebagainya. Oleh itu, anda perlu perincikan masalah yang anda temui dan sertakan bersama penyelesaian yang telah anda temui.

Untuk draf ketiga atau lebih dikenali sebagai draf akhir pula, anda perlu menyertakan keseluruhan laporan iaitu bab 1(pengenalan, objektif, skop, penyataan masalah), bab 2 (kajian literatur), bab 3 (metodologi), bab 4 ( pengujian dan penyelesaian masalah) dan bab 5 iaitu analisa dan rumusan serta bab akhir iaitu kesimpulan dan juga helaian akhir adalah Bibliografi atau dikenali sebagai Rujukan.

Untuk bab 5, anda perlu menerangkan pengendalian litar yang anda gunakan dan juga penerangan berkenaan pengaturcaraan yang telah digunakan. Bagi pengendalian litar, ia perlu dihuraikan secara terperinci termasuklah nilai voltan ketika hi, lo pada keluaran microcontroller ketika microcontroller bekerja seterusnya pada kepada litar kendalian motor. Perincian masukan dari sensor juga diterangkan. Secara ringkasnya bab 5 perlu dihuraikan dalam huraian teknikal.

Bibliografi atau rujukan adalah senarai buku, laporan, jurnal, laman web, dan lain-lain punca anda mendapatkan maklumat untuk penulisan projek anda.

Tarikh akhir bagi setiap draf adalah seperti berikut:

Draf pertama: 15 Oktober 2009
Draf kedua : 29 Oktober 2009
Draf ketiga : Seminggu selepas Presentation Projek

Laporan Projek lengkap: 26 November 2009.

Sekian, harap maklum.

MOHD SHAHAROM BIN IDRIS
Penyelaras Projek E5006
Sesi Julai 2009
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.